Friday 29 June 2012

# Tips !

Assalamualaikum :)

Tips 1 - Nak bagi baju yang disidai berbau wangi



Hal ni biasanya dialami oleh pelajar yang duduk asrama . yang duk kat rumah pun boleh buat jugak :)
sbb kat hostel kan biasanya kita sidai pakaian secara beramai2 dan bercampur2 dengan orang lain kat tempat ampaian yang disediakan . walaupun dah rendam lama dengan pewangi dan pelembut macam softlan, downy, daia dan sebagainya tu, pakaian kita masih lagi tak dapat mengekalkan bau keharuman tu dengan lama . jadi, untuk bagi bau pelembut tu tahan lama, aku sarankan korang beli botol spray kosong yang biasa tukang gunting rambut sembur air kat rambut kita tu guna . korang bancuh pelembut softlan dan apa sahaja la  dengan air dalam tu, pastu bila nak sidai pakaian, korang sembur je kat pakaian korang . konfirm bau dia tahan lama . tak percaye? cuba try dulu ... aku dah pakai cara ni lama dah . sampai satu tempat ampaian tu boleh bau wangi dia :)


Tips 2 - Nak hilangkan karat kat pakaian



Kengkadang kan kita sidai pakaian kat tempai ampaian yang diperbuat daripada besi yang berkarat. tak pun terkena paku karat. tak pun tersangkut kat mana2 yang boleh lekatkan karat tu kat pakaian kita. pendek kata pakaian terkena karat la. korang cuba cara ni tuk ilangkan karat - amik limau nipis pastu tenyeh2 kat bahagian berkarat tu sampai karat tu hilang . menjadi . teringat kat sekolah dulu kawan aku siap buat eksperimen ni untuk projek grup diorang and projek ni boleh menang anugerah walaupun aku tak berapa ingat anugerah dalam kategori apa. yang pasti memang masa sekolah dulu ada projek wajib untuk pelajar buat dan siap kena buat pembentangan lagi . mudah kan, dan sangat jimat kos. itu yang penting .
air limau nipis ni jugak orang kata sesuai untuk diet :)



Tips 3 - Nak bagi kulit cerah secara semulajadi



Tips ni pun sangat senang dan tanpa perlu keluarkan modal yang besar . pakai sahaja lemon . cara pakai - tenyeh kat tempat yang korang suka yang bersesuaian. pastu bilas dengan air. memule korang takkan nampak apa2 perubahan. jadi apa kata untuk eksperimen, korang tenyeh kat sebelah tangan sahaja. untuk beberapa detik, cuba korang tanya orang2 terdekat korang, adik ke, mak ke, abang ke, along, angah , sume la, tny diorang tangan belah mana yang nampak lagi cerah . jadi, kat situ korang dah boleh wat kesimpulan sendiri. jimat dan senang kan. kalau nak tenyeh kat muka aku tak berani cakap, tp kalau ada luka2 atau jerawat2 mungkin akan terasa pedih r sedikit.

- selamat mencuba ..!


4 comments:

  1. Part yang letak softlan dalam bekas spray tu memang sama dengan cara syaa. Syaa pun buat macam tu jugak. Tapi syaa sembur sebelum nak iron baju/tudung. Heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bidadari Besi -- > kengkadang sy pun .hee . kalau tdung bawal, spray pki starch tuk keraskan die, br sng bntuk . penah try ?

      Delete
  2. Replies
    1. @man --> trimas. nnti cube2 la ye . hehe

      Delete