Thursday 5 July 2012

Sempoi Petang :)





NENEK TUA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”.Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?”Nenek tu jawab, “bila dia menangis”.“Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?”“Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”





LAWAK KENTUT



Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga. Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya, “Eh!!!Cepatnya ngko keluar? Kenapa?”


Jawab calon itu, “Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan dgn betul jadi aku boleh keluar awal”.


Tanya rakan-rakan lagi, Wahhh!!Bestnyer ngko,soalan apa?????”
“Senang jer soalannya, pengerusi sesi temu duga tu tanya aku, Engkau ker yang kentut ni??? Aku pun jawab la, “Ya tuan, sayalah yang terkentut tadi!!!” Pastu dia suruh aku keluar!!!!




KUBUR

Kejadian berlaku pada tengah2 malam pada ketika orang sume tangah tidur. Sila ikuti perbualan telefon berikut :

A : Helo, ni kat mana nie ?
B : (Sambil2 gosok mata baru terbangun tidur) Ni Jalan Kubur.
A : Err, takpela. Saya masih belum mahu mati lagi. Lain kali saya telefon   ye .
B : ??? (sambung tido)

Si A rupenye tersilap dengar . Si B cakap Jalam Kubur, tapi si B dengar dalam kubur ... ;)


selamat beristirehat !



Kenapa blog ?

Assalamualaikum ..

kenape berblogging ?
acap kali gak benda ni terlintas kat fikiran aku .
kalau diikutkan memang banyak sangat blog2 yang wujud tak kisah la dari mana2 aspek sekalipun.  ada yang share tentang kehidupan peribadi, ada yang blogshop, ada yang kongsi pendapat, ada yang kongsi peristiwa aneh, ada yang memberi informasi yang berguna, ada yang berunsur politik, dan banyak lagi kalau nak disenaraikan .

kat bawah ni antara sebab kenapa seseorang itu berblogging . ni pada pendapat aku sendiri la :

1. Berkongsi cerita

  • Ramai kebanyakannya ingin berkongsi. Berkongsi pengalaman, berkongsi pendapat, berkongsi    kehidupan yang mereka alami kepada umum . Ini cara mereka mengutarakan perasaan mereka . Syok sendiri ? Itu hanya judgemental dari beberapa pihak . Dengan erti kata lain, berblogging ni boleh dijadikan sebagai satu hobi isi masa lapang , dan jugak sebagai diari . Tapi ni mungkin boleh dikira sebagai open diari sbb semua isi boleh dibaca. Kalau betul2 diari, mestila berkait rapat dengan privasi kan, sesuatu yang sgt tak boleh dikongsi dan hanya certain2 atau diri sendiri dan tuhan sahaja yang tahu .


2. Mencari peluang perniagaan
  • Banyak jugak yang buat blog untuk jualan mereka. Sila google sekarang benda2 yang korang nak. Pasti ada dan senang didapati dengan adanya internet yang pantas dan laju mcm supersonic.wahh.. Internet ni boleh jadi perantaraan antara kita dengan manusia yang lain . Dalam perniagaan, urusan jual beli antara penjual dengan membeli. Nampak kaitan disitu? Boleh dijadikan medium sebagai mengeratkan hubungan silaturrahim. Si penjual jual, si pembeli beli . kemudian si pembeli membuat feedback tentang barang yang dibelinye dan berterusan membeli dari penjual sekiranya servis yang disediakan memuaskan hati . Pernah dengar ini : " 90% hasil rezeki adalah dari perniagaan " .. :)


3. Mendapat keuntungan
  • Membuat perniagaan sah2 mendapat keuntungan sekiranya dgn cara yang betul . Ada jugak yang buat blog untuk mendapat keuntungan tapi bukan dari perniagaan menerusi blog, tapi melalui karya2, curahan2 dan idea2 mereka didalam blog. Mana2 idea yang sangat diterima pakai memang akan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Dengan adanya para followers2 dan trafik yang sesak kat blog, seseorang blogger itu boleh mendapat untung yang banyak walaupun hanya sekadar perkongsian pendapat.


4. Menyampaikan dakwah dan perkongsian ilmu.
  • Orang yang kedekut adalah orang yang simpan ilmu dia dan tidak berkongsi dengan orang lain. Sape setuju? cakap ye dalam hati saje ye :) Tapi ini tak bermakna orang yang takde blog itu orang yang kedekut ilmu. bukan macam tu . Menerusi blog ni, ia sebagai medium untuk seseorang berkongsi ilmu. Tak kisah ilmu apa2 sekalipun, at least akan memberi pengetahuan kepada orang lain. Baik isinya maka dapatlah kita pahala menerusi itu . Dan jika diterima pakai dan ianya ilmu yang baik dan berterusan digunakan orang ramai, sumber pahal itu akan terus-terusan mengalir. Subhanallah ..
    " Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat "-  (HR. Bukhari)


Walau apa2 pun niat kita untuk menulis blog, pastikan apa yang kita sampaikan itu ikhlas dan tidak menyentuh sensitiviti mana2 pihak . Dunia ini luas tapi kadang2 kita rasa sempit sebab disekeliling kita kebanyakannya adalah manusia yang punya hati dan perasaan dan bukannya robot yang boleh diprogramkan aplikasinya dan mem-delete segalanya ke dalam recycle bin .

Kongsikanlah tujuan korang buat blog :)
Sharing is caring, ye dak ?